Reaksi Dalam Negeri :
Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Negara yang telah merdeka menjadi asset yang oleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.Kebanyakan parti politik PTM menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya,Contohnya Parti Islam Se-Tanah Melayu(PAS) dan dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk PTM manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak,Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
1)REAKSI NEGARA SINGAPURA
Sejak tahun 1950-an lagi,Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya.Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
Parti pembangkang Singapura yang terbesar , iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru.Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini.Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United People’s Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rapat.
Dengan ini satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962.Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961.
2)REAKSI SARAWAK DAN SABAH
Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun Sarawak melebihi satu abad.Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam politik adalah terhad.
3)REAKSI SARAWAK
Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia , iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959.Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) ,ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha.Ramai anggotanya terdiri daripada orang Melayu.Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yan menyokong penubuhan Malaysia.Pada bulan April 1961, lahir Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party (SNAP) pimpinan Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh.
Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962.Kebanyakan ahli bagi kedua-dua parti ini terdiri daripada orang Cina. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Hanya SUPP yang terus menentang.Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti iaitu PANAS,SNAP,BERJASA,SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong dan berusaha menyekat pengaruh SUPP.
Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik,namun ,pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia.Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Bersatu Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens.Pada bulan Disember 1961,lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah.
Pada bulan Jun 1962,lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau kadazan pimpinan G.S.Sundang , iaitu Parti Pasok Momugun.Pada masa itu,muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti Bersatu , pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO,USNO,Parti Pasak Momugun,Parti Perikatan dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20.Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan.
Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah :
- Ketua Negera
- Bahasa Kebangsaan
- Agama Islam
- Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen
- Kerakyatan
- Peruntukan Kewangan
- Pelajaran
Reaksi parti-parti politik di Sarawak dan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat dilihat dalam jadual berikut :
PARTI POLITIK
|
ISU
|
· SUPP
|
Bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu
|
· PESAKA
· SNAP
· UNKO
|
Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang mereka akan kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu
|
· Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA
|
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
|
· PESAKA
· SNAP
· UNKO
|
Bimbang sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (kuasa pusat)
|
· PANAS
· BERJASA
· USNO
|
Membangkitkan isu kemajuan ekonomi dan sosial
|
Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia.Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpinan dari Tanah Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman ,Tun Abdul Razak, Tun V.T.Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini. Disamping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephan, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.
4)REAKSI NEGARA BRUNEI
Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak,Sabah dan Brunei.Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah Bandar di Sarawak,Sabah dan Brunei.Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.A.M.Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina.Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap.A.M.Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap.Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
REAKSI NEGARA LUAR
1)REAKSI NEGARA INDONESIA
Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia.Pada peringkat awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962.Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
++ Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20 Januari 1963.Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan.Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain,Australia,New Zealand dan Kanada.Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu,Sarawakdan Sabah.Bagaimanapun,ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan Negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga.Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah Negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.
Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia.Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno.Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia ,Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia Indonesia.Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
2)REAKSI NEGARA FILIPINA
Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).Syarikat inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
Pada tahun 1946,SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.Walau bagaimanapun,pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.Menjelang bulan Jun 1966,Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua Negara melalui MAPHILINDO (Malaysia,Filipina dan Indonesia)
Casino Wyndham Reno NV 88801 - Mapyro
ReplyDeleteSearch results for 'Casino Wyndham 사천 출장샵 Reno NV 88801' in 동두천 출장샵 Reno, NV 88801, 세종특별자치 출장마사지 United 오산 출장안마 States, from Mapyro. 부산광역 출장샵