KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa pada mulanya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan Malaysia ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari telah menentang gagasan Malaysia dengan alas an bahawa jika Brunei menyertai Malaysia, maka Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Menurut A.M Azahari, Brunei perlu merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. A.M Azahari juga merancang untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. Dengan itu PRB telah menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962 sehingga mendorong PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Namun demikian, pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina. Selain daripada penentangan dari pihak yang disebutkan tadi, Sultan Brunei yang pada mulanya menyokong gagasan malaysia ini, terdapat juga sebab-sebab lain yang telah mendorong baginda untuk menarik diri daripada gagasan Malaysia pada Julai 1963. Antaranya ialah kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia. Sesungguhnya, pengunduran Brunei daripada menyertai Persekutuan Malaysia telah menunjukkan kebebasan rakyat dalam menentukan masa depan negara mereka sendiri.
Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing sebab kitalah yang akan mencorakkan masa hadapan negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalah pelapis bagi generasi sekarang.Selain itu,sebagai seorang pelajar kita harus mengambil peristiwa pembentukan Malaysia sebagai iktibar dalam hidup kita. Akhir sekali , kita mesti menghormati kaum-kaum lain di negara kita untuk mengekalkan perpaduan selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment