KRONOLOGI PEMBENTUKAN MALAYSIA
a)Lawatan Tunku Abdul Rahman
· Ke Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
· Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura
5
b) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
● JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
● Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Musapa Datu harun ( Sabah).
● Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
● Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
● Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.
c) Suruhanjaya Cobbold
● Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
● Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
● Tujuan :-
v meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
v Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
v Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.
● Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
v 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
v 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
v 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.
6
● Antara cadangan Suruhanjaya ini:
v perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
v Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
v Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
v Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
v Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
v Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
d) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
● Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
● Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
● JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
● Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
e) MAPHILINDO
● Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
● Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
● Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan. 7
● Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
f) UNMM
· Dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
· Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia
No comments:
Post a Comment