Sunday, 28 September 2014

PENGENALAN

Kajian kami adalah berkaitan dengan mengapakah Malaysia di bentuk dan apakah reaksi serta penentangan yang dihadapi sebelum terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963.Dalam kajian ini kami telah fokus pada 2 objektif.Objektif yang pertama ialah mengetahui tentang sebab-sebab negara Malaysia di bentuk.Objektif yang kedua ialah menetahui tentang penentangan yang di hadapi sebelum terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963. 
Pada 31 Ogos, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak di gabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.Namun, kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura di ketepikan.Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.Cadangan Lee Kuan Yew di tolak olehTunku Abdul Rahman.Namun begitu,senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew (Noordin Sopiee, 1974).Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura di gabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) di tubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk di hantar kepada Suruhanjaya Cobbold.Suruhan jaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembangan baru.Kemudian pada Ogos 1962, Jawatan kuasa Antara Kerajaan (JAK) di tubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963.Laporan ini di terima dan di luluskan.Walau bagaimana pun, Brunei telah menarik diri dari menyertai Malaysia dan hasrat untuk membentuk sebuah negara yang di namakan Malaysia telah tercapai pada 16 September 1963.

Akhir sekali,pengajaran yang dapat di perolehi dari pada kejayaan pembentukan Malaysia ialah ia membuktikan kebijaksanaan tokoh-tokoh tempatan kita.Selain itu,pengajaran yang kedua kita perolehi daripada kajian ini ialah setiap lapisan masyarakat harus bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama.Kerjasama daripada rakyat amat penting untuk kejayaan sesebuah negara.

No comments:

Post a Comment