PENGAJIAN MALAYSIA
Sunday, 28 September 2014
DUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA
Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan
DLS 1A
SESI JUN 2014
BINCANGKAN SECARA KRISIS MENGAPAKAH MALAYSIA DIBENTUK DAN APAKAH REAKSI SERTA PENENTANGAN YANG DIHADAPI SEBELUM PENENTANGAN YANG DIHADAPI SEBELUM TERBENTUKNYA MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 1963
Nama Pensyarah : Puan Mastura Binti Mamat
Disediakan oleh,
Tayalan A/L Gunasakaran : 23DLS14F1006
Narkunam A/L Paniear Selvam : 23DLS14F1020
Santera Segaran A/L Sinnasaamy : 23JLS14F1004
Darmend Rao A/L Ramalu : 23JLS14F1006
PENGENALAN
Kajian
kami adalah berkaitan dengan mengapakah Malaysia
di bentuk dan apakah reaksi serta penentangan yang dihadapi sebelum terbentuknya
Malaysia pada 16 September 1963.Dalam kajian ini kami telah fokus pada 2
objektif.Objektif yang pertama ialah mengetahui tentang sebab-sebab negara Malaysia
di bentuk.Objektif yang kedua ialah menetahui tentang penentangan yang
di hadapi sebelum terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963.
Pada
31 Ogos, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Selepas merdeka, Tunku
Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei,
Sabah, dan Sarawak di gabungkan dengan Persekutuan Tanah
Melayu menjadi Malaysia.Namun, kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura di ketepikan.Sementara itu, Lee Kuan Yew,
Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu.Cadangan Lee Kuan Yew di tolak olehTunku Abdul
Rahman.Namun begitu,senario politik yang berlaku di
Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew (Noordin Sopiee,
1974).Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di
Persidangan Wartawan-Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak
dan Singapura di gabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.Pada 23 Julai 1961,
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
di tubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak
untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya
Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum
untuk di hantar kepada Suruhanjaya Cobbold.Suruhan jaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembangan baru.Kemudian pada Ogos 1962,
Jawatan kuasa Antara Kerajaan (JAK)
di tubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.JAK mengeluarkan laporannya pada 27
Februari 1963.Laporan ini di terima dan di luluskan.Walau bagaimana pun, Brunei
telah menarik diri dari menyertai Malaysia dan hasrat untuk membentuk sebuah negara yang
di namakan Malaysia telah tercapai pada 16 September 1963.
Akhir sekali,pengajaran
yang dapat di perolehi dari pada kejayaan pembentukan Malaysia
ialah ia membuktikan kebijaksanaan tokoh-tokoh tempatan kita.Selain itu,pengajaran
yang kedua kita perolehi daripada kajian ini ialah setiap lapisan masyarakat harus bertolak ansur
demi mencapai kesejahteraan bersama.Kerjasama daripada rakyat amat penting untuk kejayaan sesebuah negara.
Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor – faktor tertentu. Antara faktor – faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum bumiputera.
1)Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.
2)Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British
sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera.
3)Kemajuan ekonomi bersama.
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya.Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.
4)Mempercepatkan proses kemerdekaan.
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura .
5)Menjaga kepentingan kaum bumiputera.
Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
KRONOLOGI PEMBENTUKAN MALAYSIA
a)Lawatan Tunku Abdul Rahman
· Ke Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
· Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura
5
b) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
● JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
● Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Musapa Datu harun ( Sabah).
● Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
● Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
● Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.
c) Suruhanjaya Cobbold
● Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
● Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
● Tujuan :-
v meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
v Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
v Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.
● Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
v 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
v 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
v 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.
6
● Antara cadangan Suruhanjaya ini:
v perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
v Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
v Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
v Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
v Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
v Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
d) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
● Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
● Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
● JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
● Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
e) MAPHILINDO
● Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
● Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
● Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan. 7
● Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
f) UNMM
· Dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
· Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia
Reaksi Dalam Negeri :
Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Negara yang telah merdeka menjadi asset yang oleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.Kebanyakan parti politik PTM menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya,Contohnya Parti Islam Se-Tanah Melayu(PAS) dan dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk PTM manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak,Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
1)REAKSI NEGARA SINGAPURA
Sejak tahun 1950-an lagi,Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya.Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
Parti pembangkang Singapura yang terbesar , iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru.Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini.Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United People’s Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rapat.
Dengan ini satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962.Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961.
2)REAKSI SARAWAK DAN SABAH
Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun Sarawak melebihi satu abad.Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam politik adalah terhad.
3)REAKSI SARAWAK
Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia , iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959.Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) ,ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha.Ramai anggotanya terdiri daripada orang Melayu.Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yan menyokong penubuhan Malaysia.Pada bulan April 1961, lahir Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party (SNAP) pimpinan Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh.
Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962.Kebanyakan ahli bagi kedua-dua parti ini terdiri daripada orang Cina. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Hanya SUPP yang terus menentang.Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti iaitu PANAS,SNAP,BERJASA,SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong dan berusaha menyekat pengaruh SUPP.
Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik,namun ,pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia.Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Bersatu Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens.Pada bulan Disember 1961,lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah.
Pada bulan Jun 1962,lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau kadazan pimpinan G.S.Sundang , iaitu Parti Pasok Momugun.Pada masa itu,muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti Bersatu , pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO,USNO,Parti Pasak Momugun,Parti Perikatan dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20.Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan.
Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah :
- Ketua Negera
- Bahasa Kebangsaan
- Agama Islam
- Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen
- Kerakyatan
- Peruntukan Kewangan
- Pelajaran
Reaksi parti-parti politik di Sarawak dan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat dilihat dalam jadual berikut :
PARTI POLITIK
|
ISU
|
· SUPP
|
Bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu
|
· PESAKA
· SNAP
· UNKO
|
Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang mereka akan kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu
|
· Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA
|
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
|
· PESAKA
· SNAP
· UNKO
|
Bimbang sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (kuasa pusat)
|
· PANAS
· BERJASA
· USNO
|
Membangkitkan isu kemajuan ekonomi dan sosial
|
Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia.Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpinan dari Tanah Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman ,Tun Abdul Razak, Tun V.T.Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini. Disamping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephan, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.
4)REAKSI NEGARA BRUNEI
Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak,Sabah dan Brunei.Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah Bandar di Sarawak,Sabah dan Brunei.Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.A.M.Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina.Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap.A.M.Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap.Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
REAKSI NEGARA LUAR
1)REAKSI NEGARA INDONESIA
Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia.Pada peringkat awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962.Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
++ Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20 Januari 1963.Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan.Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain,Australia,New Zealand dan Kanada.Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu,Sarawakdan Sabah.Bagaimanapun,ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan Negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga.Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah Negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.
Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia.Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno.Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia ,Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia Indonesia.Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
2)REAKSI NEGARA FILIPINA
Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).Syarikat inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
Pada tahun 1946,SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.Walau bagaimanapun,pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.Menjelang bulan Jun 1966,Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua Negara melalui MAPHILINDO (Malaysia,Filipina dan Indonesia)
Dalam beberapa tahun pertama wujudnya Persekutuan Malaysia, Malaysia telah menghadapi cabaran-cabaran yang serius.Berikut adalah cabaran-cabaran yang telah dihadapi, kesan daripada pembentukan Malaysia :-
1)DASAR KONFRONTASI INDONESIA
Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu pada 16 September 1963 kerana pembentukan Malaysia telah menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonsia Raya yang termasuk Sabah,Sarawak dan Tanah Melayu.Selain itu,beliau terasa tersinggung kerana tidak diajak dalam perundingan mengenai penubuhan Malaysia.
Pada bulan September 1963, serangan gerila dilancarkan oleh Indonesia.Tentera Indonesia mendarat di Pontian,Labis,Muar dan Kota Tinggi.Pengintip-pengintip juga dihantar.Akibatnya :-
· Dato’DR.Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan terhadap serangan Indonesia.
· Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
· Britain memberi bantuan ketenteraan.
· Australia,New Zealand dan Canada memberi bantuan senjata.
· Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
· Dato’ Abdul Razak melawat ke Negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal.Konfrontasi menjadi berkurangan.Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantikan Sukarmo.Hasilnya, perjanjian damai telah ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas rundingan Tun Abdul Razak dengan Adam Malik di Bangkok.
2)PENGIKTIRAFAN FILIPINA KE ATAS SABAH
Apabila Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962.Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah.Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak.Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting pada ketika itu.Walau bagaimanapun, atas usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan, akhirnya Filipina telah mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
3)SINGAPURA KELUAR DARI PERSEKUTUAN MALAYSIA
Pada tahun 1965, Singapura mengambil keputusan keluar dari persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah Negara Republik.
4)TERCETUSNYA RUSUHAN KAUM
Selepas kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, telah berlaku beberapa rusuhan kaum aibat dari masalah pengagihan ekonomi yang tidak sekata di antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina, dan juga India.Sebenarnya masalah ini telah pun bermula sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1956 di Pulau Pinang ketika perayaan pemberian taraf bandaraya kepada Pulau Pinang.
Selanjutnya wujud lagi beberapa rusuhan yang lain seperti di Pulau Pangkor (1960), Bukit Mertajam (1966) dan sekali lagi di Pulau Pinang pada tahun 1967.
Usaha yang serius telah diambil oleh kerajaan untuk membendung rusuhan kaum selepas berlakunya rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969 dengan menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MAGERAN) di bawah Undang-Undang Darurat dan telah diwartakan pada 29 Januari 1970.
5)PENUBUHAN RUKUN NEGARA
Ekoran dari penubuhan MAGERAN tersebut, mesyuaratnya yang pertama telah memutuskan untuk menubuhkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-13
Prinsip Rukun Negara adalah penting untuk diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia bagi mewujudkan perpaduan nasional, demokrasi dan keadilan. Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti keagamaan iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raj dan Negara, Keluhuran Kepada Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan.
Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara menjadi pedoman agar rakyat yang berbilang kaum dapat bersatu-padu dan menjamin kesejahteraan masyarakat secara demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.
6)PENUBUHAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN MALAYSIA
Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan selepas Kemerdekaan negara dicapai dalam mengatasi masalah seperti ekonomi dan sosial yang dialami ketika itu.
Dasar-dasar tersebut boleh dibahagikan kepada berikut :
I. DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada 17 Jun 1991 dengan strategi asasnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk membaiki ketidak seimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan Negara.
II. DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL
a)Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama di semua sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi.Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan Negara dan mampu menghadapi sebarang persaingan serta cabaran masa hadapan.Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan memberikan penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
b)Dasar Belia Negara
Dasar Belia Negara ini mensasarkan kepada belia yang berumur 18-25 tahun yang berasaskan kepada 6 strategi iaitu :
v Meningkatkan usaha untuk meluaskan pengetahuan
v Menanam nilai-nilai murni
v Melengkapkan belia dengan kemahiran vokasional dan kemahiran
v Meningkatkan kemudahan yang sesuai untuk menggalakkan interaksi sosial yang sihat
v Menggalakkan amalan gaya hidup sihat
v Membina semangat bekerjasama dan perkongsian antara agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan
III. PENUBUHAN DASAR LUAR NEGARA SELEPAS MERDEKA
Objektif –objektif dasar luar negara ialah :
ü Menjaga , mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa
ü Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan,kedaulatan dan keselamatan Malaysia
ü Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain.
ü Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa
Kementerian Luar Negara yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hubungan luar Negara.Kementerian ini menguruskan perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal, ekonomi keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Misi kementerian ini adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
a)Kerjasama Serantau
Kerjasama serantau banyak ditumpukan kearah memajukan ASEAN. Keutamaan dikenalpasti kearah meningkatkan daya asing dan pembangunan sektor kewangan serantau termasuk membangunkan ASEAN sebagai satu kelas asset, memperkasakan liberalisasi perkhidmatankewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan pembiayaan prasarana. Tahun 2004-2005, ASEAN terus mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat.
b)Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Negara –Negara Islam (OIC)
OIC telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Tunku Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan Persidangan dianggotai oleh 57 negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia.OIC merupakan focus khusus untuk menyatu-padukan kesemua negara-negara Islam di dunia demi kebaikan semua pihak.
c)Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASEAN)
ASEAN (Association of South East Asian Nations) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan ASEAN di Bangkok. Kini, ASEAN dianggotai 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura , Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Loas dan Myanmar. Menerusi ASEAN, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara anggota lain.
d)Malaysia dalam Komanwel
Matlamat penubuhan ini adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British
Dalam persidangan ketua-ketua negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyaran badan dunia ini memainkan peranan dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid.
e)Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Malaysia juga telah menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 17 September 1957 selepas merdeka.Dengan penyertaan Malaysia dalam PBB maka salah satu amalan utama yang dasar luar negara ini adalah menyokong PBB dalam semua aktivitinya. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain.Selain itu, PBB bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman.Oleh itu, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan.PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan politik dunia iaitu :
v Perhimpunan Agung PBB
v Majlis Keselamatan
Subscribe to:
Posts (Atom)